Sunday, September 30, 2007

Panduan iktikaf di bulan Ramadan

Di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadan yang sangat dipelihara sekaligus diperintahkan (dianjurkan ) oleh Rasulullah s.a.w adalah iktikaf. Setiap muslim dianjurkan (disunatkan) untuk beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Iktikaf merupakan pendekatan ibadat yang sangat efektif bagi muslim dalam memelihara keislamannya khususnya dalam era globalisasi, materialisasi dan informasi masa kini.

Definisi ‘Iktikaf

Para ulama mendefinisikan iktikaf iaitu berdiam atau tinggal di masjid dengan adab-adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan untuk mendekatkan kepada Allah SWT.

Ibnu Hazm berkata: Iktikaf adalah berdiam di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri (taqorrub) kepada Allah SWT pada waktu tertentu pada siang atau malam hari. (al MuhallaV/179)

Hukum ‘Iktikaf

ImagePara ulama telah berijmak bahawa iktikaf khususnya 10 hari terakhir bulan Ramadan merupakan suatu ibadah yang disyariat dan disunatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beriktikaf pada bulan Ramadan selama 10 hari.

Aisyah, Ibnu Umar dan Anas r.a meriwayatkan: "Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan" (HR. Bukhori & Muslim).

Hal ini dilakukan oleh baginda hingga wafat, kecuali pada tahun wafatnya, baginda beriktikaf selama 20 hari.

Demikian halnya para sahabat dan isteri baginda sentiasa melaksanakan ibadah yang amat agung ini. Sehubungan itu, Imam Ahmad berkata: " Sepengetahuan saya tak seorang pun ulama mengatakan iktikaf bukan sunat."

Fadhilat (keutamaan) iktikaf

Abu Daud pernah bertanya kepada Imam Ahmad: Tahukah anda hadis yang menunjukkan keutamaan iktikaf?

Imam Ahmad menjawab : Tidak, kecuali ia hadis lemah (daif).

Namun demikian tidaklah mengurangi nilai ibadah iktikaf itu sendiri sebagai taqorrub kepada Allah SWT. Dan cukuplah keuatamaannya bahawa Rasulullah s.a.w, para sahabat, para isteri Rasulullah s.a.w dan para ulama salafus soleh sentiasa melakukan ibadah ini.

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.

Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

1. Muslim
2. Berakal
3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak diperbolehkan bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

ImageDi sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Awal dan akhir iktikaf

Khusus iktikaf Ramadan waktunya dimulai sebelum terbenam matahari malam ke-21. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Barang siapa yang ingin beriktikaf denganku, hendaklah ia beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan (HR. Bukhari). 10 (sepuluh) di sini adalah jumlah malam, sedangkan malam pertama dari sepuluh itu adalah malam ke-21 atau 20.

Adapun waktu keluarnya atau berakhirnya, kalau iktikaf dilakukan 10 malam terakhir, iaitu setelah terbenam matahari, hari terakhir bulan Ramadan.

Akan tetapi beberapa kalangan ulama mengatakan yang lebih mustahab (disenangi) adalah menuggu sampai solat hari raya.

Hal-hal yang disunatkan waktu beriktikaf

ImageDisunatkan agar orang yang beriktikaf memperbanyak ibadah untuk bertaqorrub kepada Allah SWT ,seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat ke atas Nabi s.a.w, doa dan sebagainya serta termasuk juga di dalamnya pengajian, ceramah, majlis ta'lim, diskusi ilmiah, mentelaah buku tafsir, hadis, sirah dan sebagainya.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf

1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
4. Haid atau Nifas
5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

Kelantan carum RM6 juta kendali skim Kifaalah

Ketika Umno Kelantan sibuk mempromosi Takaful Merdeka, sebaliknya skim Takaful Kifalah yang diperkenalkan kerajaan negeri sehingga kini telah mencarum lebih RM6 juta dalam sebuah syarikat insurans.

Bagaimana pun bagi skim Takaful Merdeka ia mengundangkan pelbagai soalan. Adakah Umno menggunakan wang kerajaan sebagai caruman Takaful Merdeka, sedangkan syarat mereka yang dicarum hanya di kalangan ahli Umno sahaja.

Dan Takaful Merdeka hanya lahir selepas kejayaan kerajaan negeri mengendalikan skim Kifaalah dan ibu tunggal, yang mana setiap mereka menerima RM2,500 apabila pencarum meninggal dunia.

Skim Kifaalah pula terbuka kepada semua rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik, keturunan dan agama. Syaratnya hanya mesti berusia 60 tahun dan ke atas.

Manakala di Dun Limbongan sehingga sekarang seramai 3,000 warga emas berusia 60 tahun ke atas telah mendaftar untuk menyertai skim Takaful Kifalah.

Sejak Skim Kifaalah diwujudkan sudah ramai pencarum yang meninggal dunia menerima pampasan. Dan baru-baru ini seramai 12 wasi dari Dun Limbongan menerima pampasan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Penyampaian cek tersebut dilakukan Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat. Program itu diadakan di Madinatul Ilmi, Kampung Sungai Kelong, dekat sini, baru-baru ini. Perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada majlis itu juga seramai 75 warga emas menerima sumbangan berupa makanan. Program itu turut diadakan tadarus dan pelancaran ihya' Ramadan Dun Limbongan.

Drs Zainuddin berkata, kerajaan negeri mengadakan pelbagai program sempena Ramadan sekarang sama ada di peringkat negeri, kawasan dan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu bagi mengimarahkan lagi sambutan Ramadan kerajaan negeri setiap tahun mencetak buku yang mengandungi petikan al-Quran yang digunakan pada program tadarus.

"Al-Quran merupakan surat kiriman daripada Allah untuk seluruh manusia di dunia. Ia bukan sekadar hand bill hanya untuk ditatap sahaja. Sebaliknya al Quran perlu dibaca dan diamalkan segala tuntutan yang terkandung di dalamnya,

"Sebaliknya sekarang ramai manusia melakukan perkara yang tidak selari dengan tuntutan al Quran. Maka mereka akan menerima pembalasannya di akhirat kelak," katanya.

Menurutnya juga usaha membukukan petikan al-Quran sebagai langkah untuk mendedahkan pengetahuan kepada rakyar dan dijadikan panduan dalam kehidupan manusia.

Isu Lojing: Kenyataan Najib tikam diri sendiri

"Apabila mereka menarik balik pewartaan maka mereka boleh membalak, itu hak kerajaan negeriĆ¢€�, katanya sambil menambah kerosakan yang berlaku di Kelantan akibat pembalakan lebih besar berbanding negeri lain,"ujarnya.

Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap laporan itu Husam seterusnya memberitahu, Najib membangkitkan perkara yang tidak ada kaitan langsung dalam mesyuarat.

"Bukan itu sahaja, Timbalan Perdana Menteri itu juga berbohong kerana mengeluarkan kenyataan kerosakan akibat pembalakan lebih banyak berlaku (Tanah Tinggi Lojing) berbanding negeri-negeri lain.

"Sedangkan fakta sebenar yang tertera dalam kertas mesyuarat kes pembalakan haram Kelantan lebih rendah berbanding negeri-negeri lain, sebaliknya mencatatkan kadar pembalakan haram paling tinggi berlaku di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak,"ujarnya.

Lagipun, tambah Husam lagi soal negeri mana paling tinggi berlakunya pembalakan haram tidak perlu dinyatakan pada media kerana ianya langsung tidak disebutkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

"Kalau nak sebutpun boleh, letaklah dalam lain-lain hal ke, ini langsung perkara tersebut tidak berbangkit, lagipun Lojing ditarik balik sebagai kawasan hutan simpan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu lagi, bukan sekarang.

"Perkara yang berbangkit seperti saya sendiri cadangkan supaya tindakan keselamatan perlu diambil disetiap kawasan pembalakan untuk mengelakkan berlakunya pembalakan haram, tetapi anehnya perkara itu tidak didedahkan,"ujarnya.

Selain itu juga, Husam memberitahu Kelantan merupakan negeri pertama yang mengusahakan pokok gaharu untuk dikomersialkan sedangkan negeri-negeri lain hanya di peringkat awal perbincangan.

"Perkara itu juga sudah dalam pengetahuan Kerajaan Pusat, kenapa tidak didedahkan pada media agar umum mengetahui Kelantan lebih kehadapan dalam memajukan industri tersebut dan banyak lagi perkara yang lebih baik dibuat oleh kerajaan negeri yang tidak didedahkan oleh dia (Najib) pada media,"ujarnya.

Sehubungan itu beliau meminta Kerajaan Pusat menghentikan segera mempolitikkan isu Tanah Tinggi Lojing kerana ia tiada sebarang hasil.

Welcome to Kelantan Journal

This site will provide the latest info about Kelantan ( Malaysia) in various topic