Sunday, September 30, 2007

Isu Lojing: Kenyataan Najib tikam diri sendiri

"Apabila mereka menarik balik pewartaan maka mereka boleh membalak, itu hak kerajaan negeri�, katanya sambil menambah kerosakan yang berlaku di Kelantan akibat pembalakan lebih besar berbanding negeri lain,"ujarnya.

Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap laporan itu Husam seterusnya memberitahu, Najib membangkitkan perkara yang tidak ada kaitan langsung dalam mesyuarat.

"Bukan itu sahaja, Timbalan Perdana Menteri itu juga berbohong kerana mengeluarkan kenyataan kerosakan akibat pembalakan lebih banyak berlaku (Tanah Tinggi Lojing) berbanding negeri-negeri lain.

"Sedangkan fakta sebenar yang tertera dalam kertas mesyuarat kes pembalakan haram Kelantan lebih rendah berbanding negeri-negeri lain, sebaliknya mencatatkan kadar pembalakan haram paling tinggi berlaku di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak,"ujarnya.

Lagipun, tambah Husam lagi soal negeri mana paling tinggi berlakunya pembalakan haram tidak perlu dinyatakan pada media kerana ianya langsung tidak disebutkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

"Kalau nak sebutpun boleh, letaklah dalam lain-lain hal ke, ini langsung perkara tersebut tidak berbangkit, lagipun Lojing ditarik balik sebagai kawasan hutan simpan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu lagi, bukan sekarang.

"Perkara yang berbangkit seperti saya sendiri cadangkan supaya tindakan keselamatan perlu diambil disetiap kawasan pembalakan untuk mengelakkan berlakunya pembalakan haram, tetapi anehnya perkara itu tidak didedahkan,"ujarnya.

Selain itu juga, Husam memberitahu Kelantan merupakan negeri pertama yang mengusahakan pokok gaharu untuk dikomersialkan sedangkan negeri-negeri lain hanya di peringkat awal perbincangan.

"Perkara itu juga sudah dalam pengetahuan Kerajaan Pusat, kenapa tidak didedahkan pada media agar umum mengetahui Kelantan lebih kehadapan dalam memajukan industri tersebut dan banyak lagi perkara yang lebih baik dibuat oleh kerajaan negeri yang tidak didedahkan oleh dia (Najib) pada media,"ujarnya.

Sehubungan itu beliau meminta Kerajaan Pusat menghentikan segera mempolitikkan isu Tanah Tinggi Lojing kerana ia tiada sebarang hasil.

No comments: